Oleh Cikgu Nur Aisyah
Peringkat: Darjah 1
Unit: 5
Pelajaran : 1
Objektif Pelajaran:
1. berbual tentang kegiatan harian dengan menggunakan perkataan dan frasa yang sesuai.
2. membaca teks untuk menjawab soalan berdasarkan jadual.
Bahan online
ADT/ VDT/ BIDT/ BDDT
Aktiviti
Pra-aktiviti/Induksi
Murid
a. melakonkan lakonan (charade) yang menunjukkan perbuatan yang berkaitan dengan lirik lagu seperti ‘memberus gigi’, ‘saya mandi’, dsb.
b. meneka lakonan teman
Aktiviti Utama
a. menyanyikan lagu ‘Waktu Pagi’ sambil beraksi (bertepuk tangan)
b. murid berkongsi dengan kawan ( Think Pair Share) pengalaman bangun pagi
c. menukar senikata lagu (yang digariskan) berdasarkan tabiat mereka ketika bangun waktu pagi
Aktiviti Lanjutan
Menjawab soalan yang terdapat di dalam buku aktiviti
Penutup
Refleksi
Murid menulis satu perbuatan yang mereka lakukan pada pagi itu.
Guru merumuskan aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada waktu pagi yang dilakonkan.
ADT
Lampiran 1 – Lirik Lagu
Nota:
Guru membuat pemerhatian ketika murid menyanyi sambil beraksi.
Guru juga boleh menggalakkan murid untuk bekerja dalam kumpulan bagi menyampaikan nyanyian yang telah ditukarkan senikata lagunya.
Isnin, 28 April 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan