Peringkat: Darjah 1A
Unit: 6
Pelajaran: 1
Objektif Pelajaran:
1. mendengar maklumat tentang kegemaran seseorang dan menyampaikannya semula
2. berbual tentang kegemaran masing-masing dengan menggunakan perkataan dan frasa yang sesuai dengan sebutan yang betul
3. bertanya dan menjawab pertanyaan tentang kegemaran rakan dengan menggunakan kata Tanya
Bahan online: ADT
Langkah: Pra-aktiviti/Induksi
1. guru berkongsi dengan murid-murid tentang kegemaran guru; atau
2. beberapa murid secara sukarela berkongsi kegemarannya
Langkah: Aktiviti Utama
1. murid membaca lirik lagu
2. murid mendengar lagu ‘Kegemaran Saya’
3. bincangkan tentang kegemaran yang terkandung di dalam lagu cth. menyanyi, melukis, berenang & membaca
4. murid lihat buku teks 1A hal. 77
Langkah: Aktiviti Lanjutan
1. guru tayangkan video dalam BIDT Darjah 2A, Unit 2 ‘Bermain Papan Gelongsor’
2. murid dengarkan penggunaan Kata Tanya dalam video tersebut
3. guru tayangkan kesemua Kata Tanya yang digunakan
4. beberapa orang murid main peran menemubual rakan dengan menggunakan Kata Tanya yang diajar
5. Murid duduk dalam kumpulan kecil masing-masing. Dengan menggunakan kaedah Round Robin, murid-murid berkongsi kegemaran masing-masing
6. setiap murid menyampaikan semula kegemaran rakan sebelum menyampaikan kegemarannya sendiri
7. agar murid melatih kemahiran mendengar & bertutur
Langkah: Penutup
1. guru imbas kembali Kata Tanya yang dipelajari cth siapa, apa, bila, mengapa
2. murid menemubual 5 orang rakan dan lengkapkan Latihan 2 dalam buku aktiviti halaman 57
3. menyanyikan semula lagu ‘Kegemaran Saya’
Isnin, 25 Februari 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan