Rabu, 5 Mac 2008

Unit 6

oleh Cikgu Hairani & Cikgu Sara

Peringkat: Darjah 1A

Pelajaran: 1

Objektif Pelajaran:

1. Mendengar maklumat tentang kegemaran seseorang dan menyampaikannya semula. – 1.1.2 (T2)

2. Berbual tentang kegemaran masing-masing dengan menggunakan perkataan dan frasa yang sesuai dengan sebutan yang betul. - 2.1.1 (T2)

3. Bertanya dan menjawab pertanyaan tentang kegemaran rakan dengan menggunakan kata tanya. – 2.1.2 (T2)

Bahan online: ADT – Lagu ‘Kegemaran Saya’


Pra-aktiviti/Induksi

1. Guru berkongsi dengan murid dengan menggunakan boneka tangan sebagai pencerita mengenai kegemaran watak tersebut.
2. Watak boneka tangan tersebut akan menemuramah beberapa orang murid tentang kegemaran mereka pula.

Bahan: Boneka Tangan


Aktiviti Utama

1. Murid membaca lirik lagu

2. Murid mendengar lagu ‘Kegemaran Saya’

3. Bincangkan secara berkumpulan tentang kegemaran yang terkandung di dalam lagu itu -Menyanyi, Melukis, Berenang & Membaca.

Bahan:
1. Lirik Lagu dalam Panduan Guru
2. ADT – Lagu ‘Kegemaran Saya’


Aktiviti Lanjutan

Secara berpasangan, murid menggunakan Kata Tanya untuk menemuramah rakan-rakan mereka
Murid berkongsi dengan kelas hasil perbualan mereka.

Bahan:
1. Kad Imbasan – Kata Tanya
2. Kata Tanya di Buku Teks Halaman 80


Penutup
1. Guru mengimbas kembali Kata Tanya yang diajari tadi.
2. Murid menyanyikan semula lagu ‘Kegemaran Saya’.

Tiada ulasan: