Oleh Cikgu Wirziana & Cikgu Khairul
Peringkat: Darjah 1A
Unit: 4
Pelajaran: 4
Objektif Pelajaran:
1. Murid dapat menyampaikan maklumat tentang benda-benda di dapur dan kegunaannya dengan percatan dan frasa yang sesuai.
2. Murid dapat mendengar maklumat dan menyampaikan semula aktiviti yang dilakukan di dapur.
Bahan:
VDT – Nasi Goreng
BIDT – Nasi Goreng
Praaktiviti/Induksi
1. Murid menonton video ‘Nasi Goreng’.
Bahan: VDT Nasi Goreng
Aktiviti Utama
1. Guru menayangkan resipi memasak nasi goreng.
2. Guru bertanya kepada murid apakah alat-alat yang membantu untuk menjadikan resipi tersebut, hidangan sebenar.
3. Murid mengenalpasti alat-alat yang digunakan untuk memasak yang terdapat di dapur cth: sudu, pisau, sudip, kuali, pinggan, mangkuk, dsb.
4. Secara berpasangan, murid menyebut alat-alat yang telah mereka kenal pasti dengan menggunakan perkataan atau frasa yang sesuai.
5. Murid menambah dan menyebut alat-alat yang tidak disebut oleh rakan mereka.
Bahan:
1. Resipi Nasi Goreng
2. Bahan maujud - alat memasak (mainan) seperti sudu, pisau, sudip, kuali, pinggan, mangkuk, dsb.
Aktiviti Lanjutan
1. Murid dapat menyenaraikan aktiviti yang telah dilakukan di dapur seperti cth: menghiris, menggoreng, memasak, memotong, dsb.
Bahan: Kertas kosong, pena penanda
Penutup
1. Murid membuat latihan interaktif ‘Nasi Goreng’.
Bahan: Latihan Interaktif ‘Nasi Goreng’
Khamis, 6 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan