Khamis, 6 Mac 2008

Unit: 4

Oleh Cikgu Sherhan & Cikgu Norliah

Peringkat: Darjah 1

Unit: 4

Pelajaran: 4

Objektif Pelajaran:

1. Menyampaikan maklumat tentang benda-benda di dapur dan kegunaannya dengan perkataan dan frasa yang sesuai.

2. Mendengar maklumat dan menyampaikan semula aktiviti yang dilakukan di dapur.

3. Membina ayat berdasarkan perkataan yang diberikan.

Bahan:

1. Video ‘nasi goreng’

2. Latihan Interaktif ‘nasi goreng’


Praaktiviti/Induksi

1. Guru perdengarkan lagu ‘nasi goreng’.

2. Guru bincang dengan murid tentang pengalaman mereka membantu ibu di dapur.


Aktiviti Utama

1. Guru menayangkan video ‘Nasi Goreng’

2. Di dalam kumpulan, murid-murid berbincang dan ceritakan semula apa aktiviti yang dilakukan di dalam video.

3. Murid-murid mencatitkan percikan kata dan frasa-frasa yang telah dibincangkan di kertas vanguard.


Aktiviti Lanjutan

1. Penulisan kreatif

2. Guru menyuruh setiap kumpulan menyediakan resipi ‘Nasi Goreng’.

3. Murid menulis ayat menerangkan langkah-langkah menyediakan ‘Nasi Goreng’.


Penutup

1. Guru menyuruh murid membuat latihan interaktif sebagai aktiviti pengukuhan.

Tiada ulasan: