Oleh Cikgu Azna & Cikgu Farah
Peringkat: Darjah 1
Unit: 6
Pelajaran: 1
Objektif Pelajaran:
· Mendengar maklumat tentang kegemaran seseorang dan menyampaikannya semula.
· Berbual tentang kegemaran masing-masing dengan menggunakan perkataan dan frasa yang sesuai dengan sebutan yang betul.
· Bertanya dan menjawab tentang kegemaran rakan dengan menggunakan Kata Tanya.
Bahan: ADT
Praaktiviti/Induksi
1. Murid-murid akan diperdengarkan kepada lagu ‘Kegemaran Saya’ melalui MDT.
2. Guru akan menayangkan lirik lagu tersebut supaya murid-murid dapat menyanyi bersama.
Bahan: Lelaman MDT
Aktiviti Utama
1. Sebelum memulakan sesi pembelajaran, guru akan menerangkan/menayangkan beberapa soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan murid ketika mewawancara teman.
2. Guru akan menekankan bahawa objektif pembelajaran adalah untuk mendengar perkongsian rakan mengenai kegemaran mereka & menggunakan sebutan yang betul ketika bertutur; serta menggunakan Kata Tanya.
3. Kaedah pembelajaran: berfikir-berpasangan-berkongsi (think-pair-share)
4. Murid-murid akan memulakan sesi wawancara bersama rakan berpandukan soalan-soalan contoh yang ditayangkan guru di skrin.
5. Mereka diberikan masa 2 minit untuk mewawancara rakan.
6. Segala maklumat yang dikongsi akan dicatatkan di atas sekeping poskad (catatan ringkas sahaja).
Selepas 2 minit, pasangan yang lain pula akan mengambil alih.
7. Sepanjang sesi wawancara, murid akan menggunakan senarai semak untuk memastikan rakan bertutur dengan menggunakan Kata Tanya.
Bahan:
1. Senarai Semak
2. Alat pancar sinar
3. Soalan-soalan panduan
Aktiviti Pengukuhan
1. Guru akan mendapatkan perhatian murid-murid semula sebelum memulakan sesi perkongsian.
2. Guru akan memilih beberapa pasangan untuk berkongsi maklumat tentang kegemaran rakan mereka.
3. Murid-murid juga akan berkongsi senarai semak mereka bersama-sama.
4. Guru memilih beberapa orang murid untuk berkongsi kegemaran mereka pula.
5. Murid harus menggunakan perkataan/ frasa dengan menggunakan sebutan yang sesuai.
Kaedah Penilaian (Guru):
1. Guru menggunakan senarai semak juga untuk menilai persembahan (pertuturan) murid-murid.
Penutup
1. Guru menekankan lagi tentang penggunaan Kata Tanya di dalam perbualan.
2. Guru memainkan lagu sekali lagi dan melibatkan penyertaan murid secara aktif.
Bahan: MDT
Khamis, 6 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan