Khamis, 6 Mac 2008

Unit: 6

Oleh Cikgu Suri & Cikgu Juli

Peringkat: Darjah 1A

Unit: 6

Pelajaran: 1

Objektif Pelajaran:

1. Mendengar maklumat tentang kegemaran seseorang dan menyampaikannya semula


2. Berbual tentang kegemaran masing-masing dengan menggunakan perkataan dan frasa yang sesuai dengan sebutan yang betul.


3. Bertanya dan menjawab pertanyaan tentang kegemaran rakan dengan menggunakan Kata Tanya.

Bahan: ADT - ‘Kegemaran Saya’


Praaktiviti/Induksi

1. Guru menunjukkan gambar tentang kegemaran peribadinya.

2. Guru berkongsi cerita tentang aktiviti kegemarannya.

3. Bahan maujud yang berkaitan dibawa bersama.


Aktiviti Utama

1. Guru memancarkan gambar pelbagai jenis kegemaran dan bertanyakan kegemaran murid.

2. Guru memainkan lagu ‘Kegemaran Saya’.

3. Murid menyanyikan lagu tersebut. Perbincangan mengenai lagu tersebut dan kegemaran yang terdapat di dalamnya.

4. Guru memainkan video dan berbincang mengenainya bersama murid.

5. Guru menerangkan kegunaan Kata Tanya dalam perbualan. Guru memberi contoh yang sesuai.


Aktiviti Lanjutan

1. Secara berpasangan, murid menggunakan Kata Tanya yang telah mereka pelajari untuk menemubual rakan mereka tentang kegemeran masing-masing.

2. Guru memilih beberapa pasangan untuk berkongsi cerita mereka.


Penutup

1. Murid melakukan latihan interaktif ‘Sehari Bersama Keluarga Maria’ secara berpasangan.

Tiada ulasan: