Oleh Cikgu Siti Khairunnisa & Cikgu Maznah
Peringkat: Darjah 1
Unit: 5
Pelajaran: 3
Objektif Pelajaran:
1. Membaca dialog mengenai kegiatan Sani dengan sebutan betul.
2. Membaca dialog mengenai kegiatan Sani untuk mengenal pasti isi penting.
Bahan: ADT
Praaktiviti/Induksi
1. Guru menayangkan lirik lagu ‘Ke Mana, Di Mana’ untuk bacaan murid-murid.
2. Guru akan memainkan lagu dan murid-murid akan ikut menyanyi.
3. Guru akan bertanyakan tentang isi lagu tersebut.
Aktiviti Utama
1. Murid-murid akan dipecahkan kepada dua kumpulan untuk dua watak berbeza.
2. Mereka kemudiannya akan membaca bacaan dialog di dalam buku teks.
3. Guru mengajukan soalan-soalan yang menguji kefahaman murid-murid.
Aktiviti Lanjutan
1. Tahap 1: Murid-murid ini akan mengisikan lembaran kerja berdasarkan dialog yang terdapat di dalam buku teks.
2. Tahap 2: Murid-murid akan mengisikan tempat-tempat yang dikosongkan di dalam lembaran kerja.
3. Tahap 3: Murid-murid ini akan menuliskan dialog sendiri di dalam ruangan dialog yang akan diberikan oleh guru.
Penutup
Menyingkap kembali soalan-soalan ‘ke mana’ dan ‘di mana’.
Khamis, 6 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan