Khamis, 6 Mac 2008

Unit: 4

Oleh Cikgu Rozita & Cikgu Suraya

Peringkat: Darjah 1A

Unit: 4

Pelajaran: 4

Objektif Pelajaran:

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menyampaikan maklumat tentang benda-benda di dapur dan kegunaannya dengan perkataan dan frasa yang sesuai.

2. Mendengar maklumat dan menyampaikan semula aktiviti yang dilakukan di dapur.

3. Membina ayat berdasarkan perkataan yang diberikan

Bahan: VDT - ‘Nasi Goreng’


Praaktiviti/Induksi

1. Guru membawakan nasi goreng untuk dirasakan oleh murid-murid.

2. Murid merasa makanan yang disediakan.

3. Guru memberi arahan agar memerhatikan bahan yang terdapat dalam nasi goreng ketika mereka menjamu selera.

4. Murid mengenal pasti bahan-bahan yang terdapat di dalam nasi goreng itu.

5. Guru memberikan pengesahan bahan-bahan yang disebut murid.


Aktiviti Utama

1. Guru memainkan VDT ‘Nasi Goreng’.

2. Guru meminta murid untuk menyatakan perkataan-perkataan yang ditayangkan.

3. Guru menjelaskan isi pengajaran iaitu tentang kata kerja.

4. Guru merangsang murid untuk menyatakan kata kerja yang diketahui tetapi tidak terdapat di dalam VDT.


VDT ‘Nasi Goreng’.


Aktiviti Lanjutan

1. Tahap 1: Murid memadankan perkataan pada gambar yang menunjukkan kata kerja.

2. Tahap 2: Murid mengisikan tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.

3. Tahap 3: Membina 5 potong ayat dengan menggunakan kata kerja yang telah dipelajari.


Penutup

1. Guru mengakhiri pengajaran dengan aktiviti ‘Snowball’; mencatatkan tiga perkataan yang baru dipelajari dan dilontarkan untuk bacaan rakan.

Tiada ulasan: