Khamis, 6 Mac 2008

Unit: 6

Oleh Cikgu Azlina & Cikgu Hayati

Peringkat: Darjah 1

Unit: 6

Pelajaran: 1

Objektif Pelajaran

1. mendengar maklumat tentang kegemaran seseorang dan menyampaikannya semula
2. berbual tentang kegemaran masing-masing dengan menggunakan perkataan dan frasa yang sesuai dengan sebutan yang betul
3. bertanya dan menjawab pertanyaan tentang kegemaran rakan dengan menggunakan kata Tanya

Bahan:

1. ADT

2. VDT

3. BDDT


Praaktiviti/Induksi

1. Guru menayangkan beberapa gambar yang menunjukkan kegemaran.

2. Murid memberikan respons yang sewajarnya.

Bahan: BDDT


Aktiviti Utama

1. murid membaca lirik lagu.

2. murid mendengar lagu ‘Kegemaran Saya’3. mengecam beberapa jenis kegemaran yang terkandung di dalam lagu contoh: menyanyi, melukis, berenang & membaca
3. murid bercerita semula sambil menerangkan tentang kegemaran yang terkandung dalam lagu.

4. murid bercerita tentang kegemaran masing-masing di dalam kumpulan.

Bahan: ADT ‘Kegemaran Saya’


Aktiviti Lanjutan

1. guru tayangkan video dalam BIDT Darjah 2A, Unit 2 ‘Bermain Papan Gelongsor’

2. murid mendengar dan memahami penggunaan Kata Tanya dalam video tersebut

3. guru tayangkan kesemua Kata Tanya yang digunakan

4. Secara berpasangan, murid menemubual rakan tentang kegemaran masing-masing dengan menggunakan Kata Tanya yang diajar.

5. beberapa orang murid menyampaikan semula kegemaran pasangan mereka sebelum menyampaikan kegemarannya sendiri

Bahan: BIDT ‘Bermain Papan Gelongsor’


Penutup

1. guru imbas kembali Kata Tanya yang dipelajari cth siapa, apa, bila, mengapa2. murid melengkapkan Latihan 2 dalam buku aktiviti halaman 57


Bahan: Buku Aktiviti

Tiada ulasan: