Oleh Cikgu Azwati
Peringkat: Darjah 1
Unit: 4
Pelajaran: 5
Objektif Pelajaran:
1. Membaca lirik lagu mengenai menolong ibu dengan sebutan dan intonasi yang betul. (T2)
2. Membaca teks cerita mengenai membuat kerja rumah untuk menjawab soalan kefahaman.(T2)
Bahan: ADT
Praaktiviti/Induksi
1. Murid melakonkan kegiatan menolong ibu di rumah. Contoh : menyapu, mengemas katil, mencuci pinggan
Aktiviti Utama
1. Guru memainkan lagu ‘Bantu-Membantu Membersihkan Rumah’
2. Guru menayangkan lirik lagu untuk dibaca bersama.
3. Guru menyoal murid-murid berkenaan lirik lagu:
Apakah yang kakak lakukan? (T1)
Apakah yang ayah lakukan? (T1)
Mengapakah kita perlu mengemas rumah? (T2)
Aktiviti Lanjutan
1. Guru menyanyikan lagu bersama murid-murid sambil menggayakan aksi dengan spontan.
2. Guru memainkan iringan lagu sahaja.
3. Murid cuba untuk menyanyikan lagu tersebut.
Penutup: Latihan Lembaran Kerja
1. Murid melengkapkan latihan berdasarkan lirik lagu dengan bantuan pendaya. (T1)
2. Murid melengkapkan latihan berdasarkan lirik lagu tanpa bantuan pendaya. (T2)
3. Murid membina ayat mudah. (T3)
Khamis, 6 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan