Khamis, 6 Mac 2008

Unit: 5

Oleh Cikgu Ain & Cikgu Rozana

Peringkat: Darjah 1A

Unit: 5

Pelajaran: 3

Objektif Pelajaran

1. Berbual tentang kegiatan seharian dengan munggunakan perkataan dan frasa yang sesuai 2.1.1 T2

2. Membaca teks untuk menjawab soalan kefahaman 3.2.2 T2


Bahan:

1. ADT – Mendengar lagu ’Waktu Pagi’

2. BDDT


Praaktiviti/Induksi

1. Guru menunjukkan gambar bangun pagi kepada murid-murid.

2. Murid berbincang tentang gambar tersebut menggunakan kosa kata yang sesuai.

Bahan: BDDT


Aktiviti Utama

1. Guru memainkan bahan audio “Waktu Pagi”.

2. Murid membaca lirik lagu bersama guru.

3. Murid & guru menyanyi lagu tersebut.

Bahan: ADT – Mendengar lagu ’Waktu Pagi’


Aktiviti Lanjutan

1. Guru memberi petikan kefahaman kepada murid-murid.

2. Murid membaca petikan kefahaman.

3. Guru mengajar murid cara untuk menggariskan kata-kata kunci dalam petikan kefahaman.

T1
Murid melukis gambar yang berkaitan dengan petikan kefahaman.

Murid melengkapkan ayat (menggunakan kosa kata yang telah diberikan) berdasarkan petikan.

T2
Murid melukis gambar yang berkaitan dengan petikan kefahaman.

Murid menjawab soalan-soalan kefahaman secara individu.

T3
Murid melukis gambar yang berkaitan dengan petikan kefahaman.

Murid menjawab soalan-soalan kefahaman secara individu.

Murid menulis refleksi tentang kegiatan mereka pada waktu pagi.


Penutup

1. Murid mengulang kosa kata yang telah dipelajari dengan permainan ‘charade’.

Tiada ulasan: