Khamis, 6 Mac 2008

Unit: 5

Oleh Cikgu Maryana

Peringkat: Darjah 1

Unit: 5

Pelajaran: 3

Objektif Pelajaran:

Membaca dialog mengenai kegiatan Sani dengan sebutan betul – 3.1.1 (T2)

Membaca dialog mengenai kegiatan Sani untuk mengenal pasti isi penting – 3.2.2 (T2)

Bahan: ADT - Lagu “Ke Mana, Di Mana”


Pra-aktiviti/Induksi

1. Guru menayangkan gambar-gambar aktiviti yang dilakukan setiap hari.

2. Guru meminta murid-murid memberikan nama-nama aktiviti tersebut.

Bahan: BDDT.


Aktiviti Utama

1. Guru tumpukan perhatian murid kepada dialog yang tertera di dalam buku teks.

2. Guru membaca sebagai contoh untuk murid.

3. Guru juga menyebut dan menerangkan perkataan-perkataan payah yang terdapat di dalam dialog.

4. Guru memecahkan dialog menjadi sepotong ayat untuk membimbing murid-murid lemah membaca. (T1)

5. Murid-murid membaca secara berpasangan dengan sebutan dan intonasi yang betul. (T2)

6. Murid-murid membaca secara berpasangan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta menggunakan rubrik yang mudah untuk menilai bacaan rakan mereka. (T3)

Bahan:

1. visualiser.

2. Kad imbasan.

3. Rubrik.


Aktiviti Lanjutan

1. Guru membahagikan murid-murid ke dalam beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan mempunyai murid-murid yang pelbagai keupayaan (mixed ability).

3. Setiap kumpulan melakonkan dialog tentang kegiatan Sani.

4. Guru membetulkan sebutan yang salah.

Catatan: Pembelajaran Kooperatif


Penutup

1. Guru mengajar lirik lagu ‘Ke Mana, Di Mana’.

2. Guru menyebut dan menerangkan perkataan-perkataan payah.

3. Murid-murid menyebut dan membaca lirik lagu.

4. Guru perdengarkan lagu ‘Ke Mana, Di Mana’.

5. Kemudian, murid-murid menyanyi beramai-ramai sambil beraksi.

Bahan:

1. MDT – ADT

2. Lampiran lirik lagu

Tiada ulasan: