Oleh Cikgu Haslinah & Cikgu Norisha
Peringkat: Darjah 1A
Unit: 4
Pelajaran: 5
Objektif Pelajaran
Membaca lirik lagu mengenai menolong ibu dengan sebutan dan intonasi yang betul - 3.1.2 (T2)
Membaca teks cerita mengenai membuat kerja rumah untuk menjawab soalan kefahaman - 3.2.2 (T2)
Bahan: ADT - Lagu ‘Bantu-membantu Membersihkan Rumah’ (ADT)
Praaktiviti/Induksi
1. Guru menunjukkan video yang berkaitan dengan Membersihkan Rumah. (Kemahiran Mendengar)
2. Guru menanyakan soalan tentang video itu dan mengaitkan dengan tajuk Membersihkan Rumah. (Kemahiran Bertutur)
Aktiviti Utama
1. Guru memperdengarkan lagu ‘Bantu-membantu Membersihkan Rumah’.
2. Kemudian, guru memancarkan lirik lagu yang telah diolah dari segi mewarnakan suku kata perkataan. Murid akan membaca secara beramai-ramai dengan sebutan dan intonasi yang betul. (Kemahiran Membaca)
3. Setelah itu, mereka akan berpecah kepada setiap kumpulan. Dalam setiap kumpulan, murid akan menerima sehelai lirik lagu.
4. Murid akan membaca bersama-sama serta menyanyikan lagu tersebut. Murid juga dikehendaki untuk melakonkan kata kerja yang digariskan dalam lirik tersebut. - Contoh: Kakak rajin melipat baju
Ayah pula menggosok baju
Bahan:
1. Audio
2. Lirik lagu
Lampiran 1 – Lirik lagu
Bantu-membantu Membersihkan Rumah
Hari ini hari Minggu
Ayuh kita menolong Ibu
Kakak rajin melipat baju
Ayah pula menggosok baju
Kami juga suka membantu
Menyapu lantai mengelap pintu
Mengemas rumah amatlah perlu
Agar rumah bersih selalu
Catatan: Kata Kerja
Aktiviti Lanjutan
1. Guru akan memberikan kertas latihan kepada setiap murid. Murid akan memadankan gambar dengan kata kerja yang terdapat pada kertas latihan. (Kemahiran Menulis)
Bahan:
1. Kertas Latihan
2. Kata Kerja
Penutup
1. Guru akan mengimbas kembali pelajaran hari itu dengan menanyakan kata kerja yang telah dipelajari.
Khamis, 6 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan