Khamis, 6 Mac 2008

Unit: 6

Oleh Cikgu Asmidah & Cikgu Salhah

Peringkat: Darjah 1

Unit: 6

Pelajaran: Kegemaran

Objektif Pelajaran:

Pada akhir pelajaran, murid dapat :

· mendengar maklumat tentang kegemaran seseorang dan menyampaikannya semula 1.1.2 (T2)
· berbual tentang kegemaran masing-masing dengan menggunakan perkataan dan frasa yang sesuai dengan sebutan yang betul 2.1.1 (T2)
· bertanya dan menjawab pertanyaan tentang kegemaran rakan dengan menggunakan kata Tanya 2.1.2 (T2)
· menulis mengenai kegemaran masing-masing

Bahan: ADT - Mendengar Lagu “Kegemaran Saya”


Praaktiviti/Induksi

1. Guru menunjukkan gambar-gambar aktiviti yang sering dilakukan pada masa lapang yang menjurus kepada ‘Kegemaran’.

2. Murid-murid menyumbang saran tentang kegemaran lain.

Bahan: Gambar-gambar dari MDT - orang berbasikal, menari, bersenam, bermain komputer dsb.


Aktiviti Utama

Murid-murid:

1. mendengar lagu ‘Kegemaran Saya’.

2. menjawab soalan-soalan berdasarkan lagu.

3. menyanyikan lagu beramai-ramai.

4. meneka yang mana satu Nani, Haris, Anang dan Aisya

5. menyatakan kegemaran mereka dengan menyanyi mengikut irama lagu ’Kegemaran Saya’.
6. bertanya dan menjawab pertanyaan tentang kegemaran rakan dengan menggunakan kata Tanya

Bahan:

1. ADT

2. Lampiran 1 – Lirik lagu

3. Contoh lirik nyanyian murid:
Nama saya Hairi
Saya gemar menari.


Soalan saranan

1. Apakah kegemaran Nani?

2. Mengapakah Nani berasa riang?

3. Apakah kegemaran Haris?

4. Apakah alat yang digunakan oleh Haris untuk melukis?

5. Siapakah gemar berenang?

6. Bilakah Anang pergi berenang?

7. Siapakah gemar membaca?

8. Apakah yang dibacanya?


Aktiviti Lanjutan

1. Murid-murid membaca lirik lagu dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2. (T1) Murid-murid menyusun frasa menjadi ayat.

3. (T2)Murid-murid mengubah perkataan yang terdapat dalam lirik lagu kepada kegemaran masing-masing.

4. (T3) Murid-murid menulis 3-4 ayat mengenai kegemaran mereka.


Bahan:

1. Lampiran 1 – Lirik lagu

T1 – Kad imbasan

T2 – Lembaran kerja

T3 – Lembaran kerja


Penutup

1. Murid-murid berkongsi dapatan tentang kegemaran dalam kumpulan.

Tiada ulasan: